Sunday, 2 December 2012

Hikmah Sujud.....

Disini saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan sujud......


Pembimbing memberikan beberapa tips dan kaedah menyembuhkan sakit kepala, migrain, pening, loya, keseimbangan badan dan sebagainya adalah berpunca dari kesilapan sendiri yakni dosa yang sering dilakukan samada disedari atau tidak disedari dan menjadi punca utama dalam mengundang penyakit misteri dan fizikal. Dengan solat dan sujud yang berterusan mampu memecahkan angin-angin jahat di dalam kepala dan paling utamanya adalah perlakuan sujud itu adalah keadaan to’maninah yang paling dekat kita kepada Allah SWT. Kaedahnya adalah dengan memilih perlakuan sujud sebagai perlakuan utama dalam to’maninah dan sujud selama 15 minit dengan membaca Subhanallah sebanyak mungkin dengan kadar tadwir/sederhana bersama hadirnya hati. Pastikan tubuh ketika sujud mengikut tertib sujud di dalam solat.




Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi?
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:

1. Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.

2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T. digalakkan kita bersujud lama.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Bernafas ketika sujud pula boleh:-

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggangmembetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  2. Melegakan sakit hernia.
  3. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  4. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  5. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  6. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  10. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
  11. Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
  13. Mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  14. Mengurangkan kegemukan.
  15. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
  16. Organ peranakanmudah kembali ke tempat asal
  17. Serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  18. Otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  19. Mengelakkan pendarahan otak
  20. Terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta. Sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.....


Subhanaallah.......Allahuakbar......Alhamdulillah....mudah-mudahan semuanya semakin sihat... =)

No comments:

Post a Comment