Saturday 14 January 2012

Salah Tanggapan Terhadap Orang PEKAK..



  • Orang PEKAK ialah luar biasa (abnormal)
  • Memanggil seorang itu "PEKAK BISU", 'DEAF and DUMB', 'DUTE and MUTE'.
  • Bahasa isyarat ialah bahasa pasar yang tidak mempunyai struktur bahasa yang teratur.
  • Bahasa isyarat ialah bahasa isyarat antarabangsa.
  • Orang PEKAK kurang upaya atau tidak berkemampuan ataupun orang kelainan upaya(OKU)
Orang normal berkomunikasi dengan orang PEKAK...
Ikut cara yang baik:-
SILA....tengok nya......

  • Pastikan bertentang mata (eye contact)
  • Bercakap dengan jelas atau menulis atas kertas.
  • Tepuk dengan lembut dibahu orang PEKAK dengan tangan untuk mengambil perhatiannya.
  • Jika orang PEKAK itu jauh dari jarak anda, sila maklumkan kepada orang yang terdekat untuk memanggilnya..
Jangan ikut cara yang tak bagus:-
  • Jangan cakap terlalu cepat, membebel atau meninggikan suara.
  • Jangan melindungkan muka atau mulut apabila berkomunikasi dengan orang PEKAK.
  • Jangan berpura-pura faham jika anda tidak memahami komunikasi orang PEKAK.
  • Jangan membaling kertas atau objek untuk menarik perhatian orang PEKAK.
  • Jangan abaikan oarang PEKAK yang berada di antara anda..

1 comment:

  1. Wah...bagus...eamie kena proaktif lagi...jangan biar golongan normal memandang ringan golongan pekak....good luck k!

    ~cikgu zila~

    ReplyDelete