Thursday 12 January 2012

TIPS BAGAIMANA HENDAK BERKAWAN DENGAN ORANG PEKAK


  1. Orang pekak ini sebenarnya pemalu, mereka bukan sombong. Hal ini disebabkan masalah komunikasi yang dialami oleh mereka menyebabkan mereka kurang berinteraksi dengan orang normal. Cara mudahnya ialah kita sebenarnya perlu menjadi friendly atau mesra dengan mereka.
  2. Pada permulaan kalau mengikut pengalaman saya bersama orang pekak, terus terang saya katakan mereka tidak mengambil kisah tentang kita, sekadar kenalan biasa sahaja. Kitalah yang mesti cuba untuk memikat perasaan mereka. Sebagai contoh, memikat mereka dengan mempelajari bahasa isyarat dengan mereka, selalu bertanya khabar dengan mereka, mengambil berat terhadap mereka dan sebagainya. Pada awal perkenalan jangan cuba membuat mereka terasa, misalnya bergurau agak keterlaluan dengan mereka.
  3. Bersabar dengan sikap mereka. Misalnya, bersabar dengan sikap mereka yang tidak menepati janji,kelam kabut, bahasa yang lemah dan sebagainya. Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri kita kalau hendak berkawan dengan orang pekak kerana budaya mereka tidak sama dengan budaya orang normal.
  4. Kita sebagai orang normal perlulah memberi pujian dan galakan kepada mereka, jangan sekali-kali hentam mereka. Jika mereka membuat kesilapan, jangan terus-menerus menegur mereka sebaliknya membetulkkan dengan cara yang halus. Misalnya, “Baguslah awak buat, saya suka dengan kerja awak, tetapi apa kata kita cuba ubah sedikit supaya ada peningkatan”
  5. Mereka suka diberi kata perangsang. Hal ini kerana, kebanyakan mereka kurang motivasi dalam diri. Jadi orang normal perlu mempunyai kemahiran dalam memberi rangsangan dan galakan. Jika kita mempunyai kemahiran tersebut, insyallah, mereka akan sentiasa meminta bantuan nasihat kita.
  6. Bersikap rendah diri dengan mereka. Jangan menunjukkan kepandaian kita kepada mereka. Beri mereka peluang terlebih dahulu. Ramai orang normal dan orang pekak selalu bergaduh kerana masing-masing nak tunjuk pandai.
  7. Jangan berasa malu berkawan dengan mereka. Misalnya, bersikap malu dalam berkomunikasi dengan mereka di khayalak ramai sebaliknya berasa berbanggalah dengan diri kerana dapat berinteraksi dengan mereka.
  8. Selalu mengambil berat dan menghargai diri mereka. Misalnya, selalu bertanya khabar, memberi hadiah, berjumpa dengan mereka selalu dan sebagainya.
  9. Kita perlulah memahami bahasa mereka, jadi kemahiran bahasa isyarat perlulah dikuasai supaya senang untuk berkomunikasi.
  10. Jangan cepat mudah terasa atau tersinggung dengan kata-kata mereka, kerana memang sikap mereka seorang yang telus dan berterus-terang. 
  11. Jangan mempunyai perasaan sangka buruk dengan mereka. Sentiasalah memberi kepercayaan dan tunjuk ajar yang baik terhadap mereka.

>Kadang-kadang bila berkawan dengan orang pekak ini lebih seronok daripada berkawan dengan orang normal. 

>Sepanjang berkawan dengan orang pekak ini, banyak kenangan pahit dan manis bersama dengan mereka. 

copy from meeze...sorry...copy tanpa minta izin tuannya...^_^

2 comments:

  1. erm...thanx emie..di atas prkongsian awk mgnai plajar OKU ini...insyaALLAH...org normal akn lbh memahami seandainya mereka bersama-sama OKU ini..mmg xdnafikan..amat myeronokkan apbila dpt mgnali mreka..satu kpuasan apbila kta dpt brkomunikasi dgn mreka.. ^^ keep it up!! love u..
    ~your sis~ ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah.........terima kasih kak kerana sudi komen ini ye..... insyaallah...mudah2an org normal akan memahami seandainyaa n perangai budak2 oku..=)
    ~miss sis~ =)

    ReplyDelete