Monday 2 June 2014

8 Tahun tak jumpa!!!

Amy dengan Fatin

Assalamualaikum...

Saya nak cerita sahabatku yg sudah lama tak bertemu selama 8tahun setelah tamat Sekolah Rendah Kebangsaan Salak South, K.L....

Nama dia adalah Norin Fatin Aqila...
yang sentiasa temankan amy(aku) makan bersamanya di kantin waktu rehat kat sekolah.
yang sentiasa lindungi amy time amy sering dibuli orang....
dia tahu ramai orang suka sgat buli kat amy dan tak suka amy disebabkan amy DEAF..
walaupun kelas kami tak sama....tapi tetap berkawan..
dia terima berkawan amy tanpa rasa malu sbb amy Deaf..
satu2nya amy budak Deaf kat sekolah itu..
dia adalah anak cikgu Maimun...
Cikgu Maimun tu pernah ajar amy dalam kelas,,,
Beliau ajar amy melukis...
amy memang minat melukis daripada subjek2 lain
(bukan tak minat subjek2 lain tapi tak faham apa yg cikgu ajar)
lepas tamat sekolah rendah tu amy takkan lupa jasa cikgu Maimun dan Fatin...
kerana mereka terlalu baik dengan amy...

Masa sekolah rendah tu...
Amy memang tak banyak bercakap atau kuat pendiam disebabkan Amy tak pandai nak bersosial..
lagipun amy kan Deaf...tak faham apa org cakap...
susah nak komunikasi dan sering dibuli orang sebab amy nampak macam orang bodoh..
tapi tak mengapa...amy faham masa tu diorang belum matang dan tak tahu siapa amy sebenarnya..
amy mampu bersabar dengan karenah budak2 nakal...

Dari itu lah amy belajar bersabar dengan sikap manusia normal nih..
dan amy memang trauma masa itu disebabkan amy sering dibuli org..
dan tak pernah ajak gaduh orang atau buat hal dgan orang pun 
namun kenapa mesti ada selalu buli dengan amy
tapi amy tetap mampu menghadapi cabaran nya...

Lepas habis sekolah rendah tu..
Dia pindah sekolah menengah di sungai besi,K.L
aku pindah sekolah menengah di Desa Perdana,K.L jgak...
ada sebuah kelas khas iaitu kelas masalah pendengaran di dalam sekolah itu..
time tu kami dah lama terpisah..
aku xada facebook masa tu dan xada mempunyai hp masa tu..
sebab tu kami dah lama tak dengar khabar...

aku terlalu tanya kat ayahku..
dimana cikgu maimun dan fatin??
ayah jawab tak tahu dimana mereka....
masa aku tingkatan 5..
ayah ada cakap terjumpa cikgu maimun di sungai besi tapi fatin xada...
kemuadian beberapa hari aku terjumpa dgan cikgu maimun dan adik fatin iaitu syasya izzati...
aku bertanya dimana fatin sekarang??
Cikgu Maimun cakap fatin dah pindah sekolah kat Pahang...
Aku cakap ouhh jauhnya.....hmmm kirim salam kat fatin ya...
time tu fatin ada kat pahang manakala aku kat KL..
sedihnya tak ada rezeki jumpa dia...

Selepas itu,
bila aku online facebook berchatting dengan pakwe saya,Acap
FB Acap tukar gambar profile nya...
Fatin ternampak sesuatu kat FB Acap walaupun Fatin belum ada Add FB aku.
jadi Fatin nak siasat siapa sebenarnya perempuan tu(aku lah)
Dia terkejut besar apabila dia tengok gambar2 aku dengan acap..
dia fikir mungkin acap saudaraku ke atau sepupu kot..
tapi rupanya2 kawan istimewa nyaa...huhuk

Lalu Fatin Add FB aku...
Aku terkejut fatin Add FB aku yg sudah lama xdengar khabar diaa..
terkejut macam mana fatin bleh cari amy didalam fb nih??
macam2 aku tertanya dalam kepala otakku...
rupa-rupanya dia tgok kat FB acap apabila dia kenal sgat perempuan tu lalu terus Add FB aku tu..

Sebenarnya Fatin sekolah kat Bentong sama dengan sekolah acap nya.
Dia satu kelas dengan abang acap, Azrai...
dunia nih sungguh kecik..
tak sangka dapat bertemu sahabatku...

kalau tak acap tak tukar profile gambar aku dan acap
mesti fatin tak jumpa amy macam sekarang..
Aku bersyukur sangat2 dapat bertemu kembali...
Terima kasih kat ACap jgak sebab fatin dapat jumpa amy dalam fb dia..

Lpas Add fb...
Fatin terus berchatting dengan Amy..
Banyak nak ceritakan kat Amy tak mahu chatting..naknak dean dgan amy..
Aku ckap bila nak kita nak berjumpa ah?
InshaaAllah fatin dapat cuti seminggu bulan5 nnti...
so sempat la kita berjumpa...Dia ajak Acap jgak kalau nak...
Aku cakap ok nnti amy cakap dgan acap..
tapi Acap bz xdapat ikut dan ada kem wataniah katanya..
jadi kita berdua ja jumpa..

so kami akhirnya bertemu di Mid Valley pada 27hb bulan 5 lalu...
banyak sangat dia cerita kat amy pasal sek dulu.. pasal study aku,,,
macam mana bleh bertemu dgan acap plak, cter pasal cikgu maimun,,cter pasal dia...
dalam hati aku kata sangat2 bersyukur kerana fatin still ingatkan aku dari dulu sampai sekarang...alhamdulillahh..

Kami makan mcd then pi jalan2 sekitar di Mid Valley...
then masuk kedai MPH...nak beli buku novel masa lapang cuti sem nih..
then pi beli big apple(donat)
semua nya fatin belanja walaupun aku sebenarnya memang xnak fatin belanja tapi xdaya..huhuk

akhirnya terpaksa balik rumah sbb dah janji ayah amek balik pukul 4..
rasa sedih terpaksa pisah dgan fatin lagi...inshaaAllah suatu hari nnti amy akan datang umah fatin di bentong..
andai Acap bawak amy ke sana sbb umah acap pun kat bentong jgak...hehehe
semoga kita bersahabat hingga syurga...
amin ya rabb...

ok lah sampai disini ja...
amy sayang fatin kerana Allah taala..

be smile,,,

1 comment:

  1. assalamualaikum. bolehkah sekiranya saya dapatkan fb cik untuk urusan rasmi. kalau tidak keberatan, nanti boleh wassap saya di number 014-7584088. thank u. - 'Aeisyah

    ReplyDelete